23 OKT : 16 individu maut dalam insiden letupan dan kebakaran di sebuah kilang belerang di Rusia. Letupan berlaku di kilang elastik di wilayah Ryazan itu, kira-kira 270 kilometer tenggara Moscow.
Pemangku Ketua Kementerian Persekutuan Rusia, Alexander Chupriyan berkata, yang tiba dilokasi sejurus selepas letupan itu berlaku, tiada lagi risiko letupan susulan selepas letupan pertama itu.
Seorang dimasukkan ke hospital dengan kecederaan serius. Kementerian menyatakan, 170 pekerja kecemasan dan 50 kenderaan terlibat dalam menangani kebakaran.
Siasatan awal mendapati, punca insiden disebabkan kegagalan ketika proses pengeluaran.