23 OKT : Sebanyak 94.4 peratus atau 22,109 534 individu populasi dewasa di negara ini telah lengkap dua dos vaksinasi setakat malam tadi.
Data Kementerian Kesihatan (KKM) yang menerusi portal COVIDNOW, sebanyak 97.4 peratus atau 22,803,407 individu pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Manakala untuk vaksinasi harian, sebanyak 157,999 dos vaksin telah diberikan membabitkan golongan dewasa dan remaja semalam.
Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas, meningkat kepada 48,831,214 dos.
Bagi golongan kanak-kanak dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun, setakat semalam 1,456,265 atau 46.3 peratus sudah melengkapkan suntikan vaksin, manakala 80.8 peratus atau 2,540,794 individu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas.