23 OKT : Kes harian COVID-19 di negara ini kembali turun bawah angka 6,000 dengan 5,828 kes dilaporkan hari ini.
Berita Yang Berkaitan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan sehingga kini seramai 2,426,050 individu di negara ini dijangkiti COVID-19.
Secara keseluruhannya, kes COVID-19 yang dicatatkan hari ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding semalam, 6,630 kes.