23 OKT : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memulakan lawatan kerja ke Sarawak hari ini.
Beliau menghadiri taklimat pembangunan negeri oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Sarawak.
Ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke Sarawak sebagai Perdana Menteri selepas dilantik pada 21 Ogos lalu.
Ismail Sabri tiba di sebuah hotel di sini pada jam 11.30 pagi untuk taklimat itu, disambut Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg serta pemimpin tertinggi negeri.
Perdana Menteri yang meluangkan masa kira-kira sejam mendengar taklimat itu turut dijangka melawat Hospital Petra Jaya, hari ini.
Selain itu, Ismail Sabri dijadual melancarkan konsep ‘Keluarga Malaysia’ yang diperkenalkan pentadbiran beliau, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), malam ini.