23 OKT : Buat pertama kalinya tiada Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan, dilanjutkan atau ditamatkan diumumkan oleh kerajaan hari ini.
Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, mengumumkan perkara tersebut menerusi satu kenyataan bahawa tiada sebarang lokaliti di negara dikenakan PKPD hari ini.
“Tiada PKPD, tiada pelanjutan PKPD dan tiada penamatan PKPD, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan.