24 OKT: Sebanyak 42 kes kematian COVID-19 dilaporkan semalam dengan 10 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, Kementerian Kesihatan (KKM) turut melapokan jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 28,354.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 17 kes, diikuti Kelantan dan Selangor masing-masing lima kes, Sabah (4), Perak (3), Johor (2) dan Negeri Sembilan (2) serta masing-masing satu kes di Pahang, Pulau Pinang, Terengganu dan Kuala Lumpur.
Tiada kes kematian dilaporkan di Kedah, Melaka, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 77,305 kes aktif dilaporkan, termasuk 620 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 297 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 9,178 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,426,050.