nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

COVID-19: Singapura senarai Malaysia Kategori III

24 OKT: Singapura menyenaraikan Malaysia di bawah Kategori III selepas republik itu mengadakan semakan berkala mengenai pandemik COVID-19.

Sebelum ini, Malaysia berada di Kategori IV dan keputusan baharu itu menyaksikan pengembara dari Malaysia perlu menjalani kuarantin 10 hari di rumah atau kediaman yang diisytiharkan dalam Notis Tinggal di Rumah (SHN) di Singapura bermula 27 Oktober ini.

Peraturan ke atas pengunjung dari Malaysia itu serta ahli keluarga mereka dibuat secara menyeluruh tidak mengira status vaksin dan sejarah perjalanan mereka, menurut Pasukan Petugas Pelbagai Kementerian (MTF) mengenai COVID-19 semalam.

Selain Malaysia, negara lain yang bakal dimasukkan dalam kategori III adalah Kemboja, Mesir, Hungary, Indonesia, Israel, Mongolia, Qatar, Rwanda, Samoa, Seychelles, Afrika Selatan, Tonga, Emiriah Arab Bersatu dan Vietnam.

Keadaan COVID-19 di Malaysia semakin baik dengan ketara dengan perangkaan semalam 94.4 peratus penduduk dewasa di negara itu sudah pun lengkap menerima vaksin.

Dalam satu kenyataan media, MTF menyatakan, berdasarkan syarat dalam kategori berkenaan, mereka tidak akan ditempatkan di kemudahan khas SHN.

Mengenai prosedur saringan, mereka yang tertakluk dalam kuarantin kategori III tidak lagi perlu menjalani ujian saringan Ujian Antigen Pantas (ART) pada hari ketiga dan ketujuh selepas tiba di negara itu, termasuk mereka yang tiba bermula 22 Oktober.

Semua yang tiba menerusi senarai Kategori III juga tidak lagi perlu menjalani saringan Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) sewaktu ketibaan dan hanya perlu menjalani ujian PCR pada tarikh akhir tempoh SHN.

Bagaimanapun, bagi Pemegang Pas Jangka Panjang (LTPH) yang dikeluarkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), mereka mungkin perlu mematuhi beberapa peraturan dan syarat tambahan.

“Kami akan terus mengubah suai langkah kawalan sempadan sejajar dengan perkembangan semasa dunia supaya dapat kembali menyambung hubungan antarabangsa dan memulihkan kedudukan ekonomi republik ini pada peringkat global,” kata pasukan berkenaan.

Bagi mereka yang tiba di republik itu tetapi bukan warga Singapura atau pemegang pas pemastautin, mereka boleh berada di Singapura untuk tempoh singkat andai mereka tiba dari negara yang disenaraikan dalam Kategori I.

Bagaimanapun, mereka sudah pun disenarai dalam peraturan perjanjian Laluan Perjalanan bagi Orang yang Divaksin (VTL) atau Laluan Khas Hijau dikecualikan. –

Get real time updates directly on you device, subscribe now.