nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Kanak-kanak tidak bernegara dapat warganegara Malaysia

20 OKT: Seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun yang berstatus tidak bernegara berjaya mendapatkan kewarganegaraan Malaysia hari ini.

Kanak-kanak tersebut dilahirkan di negara ini mempunyai bapa warga Malaysia dan ibunya warga China.

Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed membenarkan permohonan kanak-kanak itu supaya Ketua Pendaftar Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraannya sebagai warganegara Malaysia.

Dalam penghakimannya, beliau memutuskan kanak-kanak itu memenuhi syarat kelayakan sebagai warganegara kerana memenuhi Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan iaitu bapanya seorang warganegara Malaysia serta dilahirkan di Malaysia dan tidak dilahirkan sebagai warganegara lain.

Hakim itu membuat keputusan tersebut selepas membenarkan saman pemula yang difailkan kanak-kanak itu melalui bapanya pada Disember 2019.

Dalam permohonan tersebut, kanak-kanak itu memohon supaya Ketua Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula taraf kewarganegaraannya sebagai warganegara Malaysia.

Pemohon juga memohon Ketua Pendaftaran Kelahiran dan Kematian Malaysia mendaftarkan semula kelahirannya sebagai orang sah taraf dan menamakan bapanya yang berumur 38 tahun sebagai bapa kandung dan ibunya, 39, sebagai ibu kandung.

Alasan pemohon memfailkan saman pemula itu antaranya pemohon berhak menjadi warganegara Malaysia dengan cara kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Pemohon berkata, berdasarkan laporan asid deoksiribonukleik (DNA) bertarikh 18 November 2019 yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia Malaysia, menyatakan bahawa lelaki berumur 38 tahun itu adalah bapa kandungnya.

Peguam, Ong Yu Shin, Ooi Keng Liang dan Datuk Nicholas Kow mewakili pemohon.

Yu Shin, semasa ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, hakim memutuskan isu sama ada taraf perkahwinan ibu bapa semasa kanak-kanak itu dilahirkan sah atau tidak adalah tidak relevan dengan kes tersebut.

“Ini kerana kanak-kanak berkenaan dilahirkan di Ipoh pada 24 Jun 2016 dan tiada pasport luar negara atau kerakyatan negara lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.