26 OKT: China melaksanakan perintah berkurung di bandar Lanzhou yang memiliki empat juta penduduk hari ini susulan lonjakan kes COVID-19.
Sekatan itu dilaksanakan selepas China merekodkan 29 kes penularan tempatan, termasuk enam kes di Lanzhou, iaitu pusat wilayah Gansu.
Penularan terbaharu di China dikaitkan dengan varian Delta yang amat mudah berjangkit, dengan jumlah kes terbaharu sudah melebihi 100 sejak minggu lalu.
Disebabkan perintah berkurung itu, penduduk tidak dibenarkan untuk keluar rumah, kecuali hanya untuk hal kecemasan.
“Pergerakan keluar masuk penduduk di bandar ini dikawal ketat dan hanya dihadkan kepada pembelian bekalan penting atau rawatan perubatan.
“Semua kategori komuniti penduduk perlu melaksanakan pengurusan tertutup,” kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan.
Sekatan terbaharu itu adalah tambahan kepada perintah kekal di rumah sedia ada yang ketat terhadap puluhan ribu penduduk di utara China, dengan akses ke kawasan pelancongan dihadkan dan penduduk disaran tidak meninggalkan bandar itu.
Pihak berkuasa kesihatan menjangkakan lebih banyak jangkitan dikesan susulan ujian saringan ditingkatkan dalam tempoh beberapa hari akan datang bagi mengekang penularan wabak, yang dikaitkan dengan sekumpulan pelancong tempatan