nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Gara-gara cerita gajah, Ahli Parlimen Jelutong diarah keluar

26 OKT: Gara-gara ‘cerita gajah’ Ahli Parlimen PH-Jelutong, RSN Rayer diarah keluar dari Dewan Rakyat oleh Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan) 2021 (Akta 716) di Parlimen, hari ini.

Segalanya bermula apabila Rayer cuba mencelah ketika giliran Ahli Parlimen BN-Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim sedang membahaskan pindaan RUU berkenaan.

Rayer bertindak demikian kerana mendakwa Abdul Azeez menghina masyarakat India kerana menyebut bahawa gajah hanya memahami tiga bahasa iaitu Tamil, Siam dan Myanmar.

Terdahulu, Abdul Azeez menceritakan pengalaman peribadinya menguruskan masalah seekor gajah liar dikenali sebagai Awang Bukit Hijau yang merosakkan tanaman ketika tersesat masuk ke Kampung Bukit Hijau Baling, baru-baru ini.

“Gajah ini adalah haiwan istimewa kerana dia hanya faham tiga bahasa iaitu Tamil, Siam dan Myanmar. Ini berkemungkinan zaman datuk nenek kita semua ini gajah dibela oleh orang berkenaan sebab itulah binatang berkenaan hanya memahami tiga bahasa terbabit.

“Jadi bila dia datang hari pertama nak tangkap dan ikat kakinya cukup susah dan kami berikan dia 13 dos pelali namun ia masih kuat lagi sehingga memerlukan kekuatan 36 pegawai PERHILITAN untuk menangkap seekor gajah.

“Malah, Doktor veterinar terpaksa menjaga dan memantau keadaan gajah berkenaan dengan rapi termasuk mencuci kesan darah pada badan gajah berkenaan.

“Hari pertama saya bagi buah cempedak tetapi gajah berkenaan enggan makan dan membaling buah berkenaan sehingga hampir mengenai bahunya sendiri dan enggan bertenang.

“Nasib baik hari ketiga saya dapat tahu gajah berkenaan boleh faham cakap India. Jadi saya cakap Tamil dengan gajah berkenaan dan akhirnya ia angkat belalai dan tunduk, sebelum memberinya tebu untuk dimakan,” katanya sebelum mengulangi percakapannya dengan gajah dalam bahasa Tamil.

Berikutan itu, Ahli Parlimen Jelutong bangkit mencelah dengan mengatakan dakwaan Azeez bercakap dalam bahasa Tamil dengan gajah adalah sesuatu penghinaan kepada orang India dan bahasa berkenaan.

“Saya nak kata bodoh tidak mahu tetapi beliau (Azeez) kurang bijak. Jangan menghina bahasa Tamil. Kenyataan bodoh dan kurang ajar,” sebelum diarahkan duduk oleh Speaker Dewan Rakyat, manakala Azeez menyambung perbahasannya.

Berikutan itu, Azhar Harun meminta Rayer duduk dan memberi peluang kepada Azeez menyambung perbahasan dengan alasan perbuatan Ahli Parlimen Baling itu tidak menghina bahasa Tamil atau orang India.

“Yang Berhormat macam hilang arah…tolong uruskan kemarahan berkenaan. Tiada siapa menghina bahasa Tamil kerana itu adalah cerita beliau (Azeez). Duduk Yang Berhormat….duduk Jelutong… Tolong duduk…sudahlah duduk.

“YB Jelutong saya perintahkan kamu keluar 10 minit. Bentara tolong iring Jelutong keluar 10 minit dari keluar pintu,” katanya bagi menyejukkan keadaan di Dewan Rakyat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.