26 OKT: Korea Utara melaporkan tiada kes positif dikesan di negara itu walaupun telah menjalankan ujian saringan COVID-19 terhadap kira-kira 42,000 individu.
Menurut agensi berita Yonhap berdasarkan lapora perkembagnan mingguan COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) seramai 678 penduduk Korea Utara menjalani ujian saringan itu antara 8 hingga 14 Oktober lalu, namun kesemuanya didapati mencatat keputusan negatif.
Daripada jumlah saringan baharu itu, katanya, 113 individu menghidap penyakit seakan-akan selesema atau jangkitan pernafasan akut, manakala yang lain adalah petugas penjagaan kesihatan.
Angka saringan terbaru itu membawa kepada jumlah keseluruhan 42,773 rakyat Korea Utara sudah melalui ujian COVID-19, setakat ini.
Korea Utara mendakwa negara itu bebas COVID-19, dengan melaksanakan langkah khusus bagi menyekat penularan virus berkenaan, termasuk kawalan sempadan yang ketat.