nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Manfaatkan media cetak, digital sebagai medium kempen

27 OKT: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terima baik tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah demi keselamatan dan kesihatan rakyat.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan, berkata BERSATU juga faham KKM terpaksa berbuat demikian demi mengawal kadar penularan wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

Justeru itu, Wan Saiful berkata BERSATU memang dari awal melahirkan rasa kesal dengan sikap beberapa pemimpin politik yang mementingkan diri sendiri sehingga menyebabkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka terbubar dan PRN terpaksa diadakan di saat negara masih lagi berhadapan dengan penularan pandemik COVID-19.

“Kita faham kenapa KKM mengeluarkan SOP yang sedemikian. Kita sanjung keperluan menjaga kesihatan rakyat. Sebab itu dari awal lagi kita kesal dengan sikap politik berlebihan sesetengah pihak yang mahu rebut kuasa hingga memaksa pertukaran kerajaan dan pembubaran DUN.

“Mereka yang bergaduh rebut kuasa, rakyat pula yang susah. Tapi apa kan daya. Tindakan mereka menyebabkan pilihanraya terpaksa diadakan.

“Sudah pasti kita akan usahakan supaya rakyat tetap mendapat maklumat yang tepat walaupun tanpa perhimpunan dan tanpa interaksi bersemuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Datuk Wan Saiful Wan Jan

Berikutan itu, Wan Saiful menjelaskan semua pemimpin politik seharusnya memanfaat kemudahan media cetak, media atas talian dan platform digital sebagai medium untuk aktiviti dan penerangan sepanjang tempoh kempen PRN Melaka nanti

“Media atas talian dan media cetak akan jadi platform utama kita dan kita akan sediakan aktiviti penerangan yang sesuai untuk mendekati pengundi.

“Pada masa yang sama, saya minta pihak berkuasa perhalusi mekanisme perlaksanaan SOP ini. Dalam sesi lawatan saya ke Melaka, ramai yang masih keliru.

“Contohnya, dalam salah satu lawatan baru-baru ini, ada sekumpulan wartawan yang datang bertanya soalan kepada saya. Tapi pihak berkuasa minta mereka bersurai, sehingga para wartawan tertanya-tanya takkanlah mereka nak jalankan tugas pun tak boleh.

“Watawan bukan berkempen. Mungkin kekeliruan ini berlaku kerana kita masih diperingkat awal. Kita berilah masa kepada pihak berkuasa untuk jalankan tugas mereka sebab ini adalah untuk kebaikan rakyat juga,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.