28 OKT : Kes jangkitan harian COVID-19 di negara ini mencatat peningkatan buat hari kedua berturut-turut sebanyak 6,377 kes dilaporkan hari ini berbanding 6,148 kes semalam.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah perkembangan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 2,454,749 kes.
Manakala, sebanyak 98 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dan semuanya adalah kes tertunggak, serta 32 daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Menerusi data laman web COVIDNOW, pertambahan kes kematian itu menjadikan \jumlah keseluruhan angka korban yang disahkan positif COVID-19 adalah sebanyak 28,674 kes.
Berdasarkan data itu lagi, daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan itu terdapat 22,871 kes kematian direkodkan di hospital manakala 5,803 pesakit COVID-19 meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.
Data itu juga menunjukkan hingga jam 11.59 malam tadi, kes yang masih aktif di negara ini berjumlah 71,713 kes yang masih dijangkiti COVID-19.
Daripada jumlah berkenaan, seramai 55,371 kes atau 77.2 peratus masih menjalani kuarantin wajib di rumah, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (9,611), hospital (6,169), unit rawatan rapi (ICU) (270) dan ICU serta tidak memerlukan alat bantuan pernafasan (292).