29 OKT: Lima pemimpin dijangka bertanding merebut jawatan Naib Presiden dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat sesi 2021-2023 pada Muktamar PAS Tahunan ke-67 di Terengganu pada 7 November ini.
Antara pemimpin yang mencalonkan diri untuk merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan PAS kali ini termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad (penyandang); Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor; Timbalan Menteri Besar, Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Mereka adalah antara 158 daripada 159 calon yang dicalonkan oleh 197 PAS kawasan untuk bertanding jawatan tertinggi parti pada kali ini dengan satu borang pencalonan ditolak.
Muktamar Tahunan PAS ke-67 akan diadakan pada 6 dan 7 November ini di Kuala Terengganu secara hibrid.
Kehadiran fizikal melibatkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulamak dan Pesuruhjaya PAS Negerl/Wilayah Persekutuan sahaja.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyatakan muktamar itu hanya akan dihadiri pada kadar jumlah yang dibenarkan sahaja.
Senarai calon bertanding jawatan Ahli Jawatankuasa pada pemilihan PAS kali ini.
• Abdullah Husin
• Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari
• Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
• Senator Ahmad Saad @ Yahaya
• Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar,
• Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi
• Dr Ali Akbar Gulasan
• Datuk Amzad Hashim
• Datuk Awang Hashim
• Dr Azahar Yaakub @ Ariffin
• Dr Azman Ibrahim
• Dr Halimah Ali
• Datuk Iskandar Abdul Samad
• Kamaruzaman Mohamad
• Senator Khairil Nizam Khirudin
• Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
• Khairul Faizi Ahmad Kamil
• Datuk Dr Mahfodz Mohamed
• Datuk Marzuk Shaari
• Misbahul Munir Masduki
• Datuk Dr Mohamad Fadzli Hassan
• Dr Mohd Mazri Yahya
• Datuk Mohd Nassuruddin Daud
• Mohd Shukri Ramli,
• Mohd Yusni Mat Piah
• Dr Mohd Zuhdi Marzuki
• Mokhtar Senik
• Muhammad Ismi Mat Taib
• Muhammad Khalil Abdul Hadi
• Muhammad Sanusi Md Nor
• Muhtar Suhaili
• Dr Najihatussalehah Ahmad
• Nasrudin Hassan Tantawi
• Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
• Razman Zakaria
• Dr Riduan Mohd Nor
• Rosli Abdul Jabar
• Dr Rosni Adam
• Sallehen Mukhyi
• Datuk Siti Zailah Mohd Yusof
• Datuk Seri Takiyuddin Hassan
• Wan Rohimi Wan Daud
• Datuk Yahaya Ali