nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

KPLB pastikan peruntukan dimanfaat Keluarga Malaysia

29 OKT: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyifatkan Bajet 2022 satu bajet yang inklusif dan menyeluruh dalam memastikan tiada golongan yang tertinggal termasuk golongan luar bandar dan B40.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, KPLB menyambut baik pembentangan Belanjawan 2022 yang bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera yang menitikberatkan agenda pembangunan ekonomi dalam usaha pemulihan negara di samping memberi tumpuan kepada kesejahteraan Keluarga Malaysia pascapandemik.

“KPLB menyokong usaha yang dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan YB Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menerusi Bajet 2022 untuk memperkukuh pemulihan, membina daya tahan dan memacu pembaharuan yang akan memberi manfaat kepada 7.6 juta penduduk luar bandar.

“KPLB merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Kewangan di atas peruntukan berjumlah RM10.53 billion. Jumlah ini meliputi RM3.52 billion peruntukan mengurus dan juga RM7.01 billion peruntukan pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan adalah RM345 juta atau 3.39 peratus lebih tinggi daripada peruntukan 2021.

Justeru, jelasnya lebih banyak projek pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan luar bandar bukan sahaja dari segi infrastruktur tetapi juga dari segi ekonomi dan modal insan.

“Ini terusnya dapat menyokong pembangunan sosioekonomi serta mewujudkan persekitaran kehidupan luar bandar yang sejahtera sepertimana yang digariskan dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar 2030.

jalan kampung
Pembangunan infrastruktur luar kampung juga tidak dipinggirkan dalam Bajet 2022 dengan peruntukan sebanyak RM2.43 bilion.

“Di bawah peruntukan pembangunan, sejumlah RM2.43 bilion bagi pembangunan infrastruktur asas di luar bandar seperti Bekalan Elektrik Luar Bandar, Bekalan Air Luar Bandar, Jalan Luar Bandar dan Jalan Perhubungan Desa. Jumlah ini adalah RM112.1 juta atau 4.81% lebih tinggi jika dibandingkan dengan peruntukkan tahun 2021.

“Dalam usaha untuk merancakkan aktiviti ekonomi di luar bandar, sebanyak RM15.3 juta telah diperuntukkan untuk aktiviti keusahawanan luar bandar. Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 4.3 juta atau 39% daripada peruntukan tahun 2021,” katanya lagi.

Mahzir berkata, selain itu, bagi meningkatkan taraf kesejahteraan penduduk luar bandar, sebanyak RM384.1 juta telah diperuntukkan untuk Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di mana jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak RM9.1 juta atau 2.4% daripada peruntukan tahun 2021.

Tambahnya, KPLB amat mengalu-alukan peruntukan bagi memperkasakan agenda pembangunan Bumiputera khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan keusahawanan, yang turut memberi manfaat kepada masyarakat luar bandar termasuk golongan belia dan wanita. Untuk tahun 2022, sebanyak RM2.01 bilion telah diperuntukkan untuk Program Penajaan Pendidikan MARA.

“Selaras dengan konsep kebersamaan Keluarga Malaysia, pembangunan Orang Asli tidak dipinggirkan di mana RM274 juta telah diperuntukkan untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli. Ini meliputi program pembangunan infrastruktur, ekonomi dan modal insan untuk memperkasa komuniti Orang Asli di Malaysia.

“Dalam hal ini, kadar wang saku murid Orang Asli di sekolah menengah dinaikkan daripada RM2.00 kepada RM4.00 sehari,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya peruntukan sebanyak RM699 juta untuk Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan RM495 juta bagi FELCRA juga akan memberi manfaat kepada pekebun-pekebun kecil di bawah kedua-dua agensi berkenaan.

Katanya, agi menyokong usaha untuk menggalakkan pendidikan awal kanak-kanak terutamanya di luar bandar, Program Geran Per Kapita dan Bantuan Makanan Tambahan masih lagi diteruskan pada tahun 2022 bagi dengan jumlah peruntukan sebanyak RM182.9 juta.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.