30 OKT: Kes jangkitan harian COVID-19 menurun kepada 5,854 kes hari ini, selepas mencatatkan lebih 6,000 kes tiga hari berturut-turut,
Berita Yang Berkaitan
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menjadikan jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,466,663 kes.
Kali terakhir negara ini merekodkan kes bawah 6,000 kes ialah pada 26 Oktober lalu, dengan 5,726 kes direkodkan.