31 OKT: Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah, Petra Jaya, Sarawak, pagi tadi.
Berita pemergian mendiang disahkan Setiausaha Agung Parti Rakyat Sarawak (PRS), Janang Bungsu yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.05 pagi.
Mendiang yang juga Presiden PRS dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 28 September lalu akibat komplikasi selepas disahkan positif COVID-19.
Difahamkan mayat mendiang akan dibawa ke Unit Forensik (HUS) untuk tindakan lanjut.