nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Hamzah nafi Program Rekalibrasi PATI gagal

2 NOV: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, menafikan Program Rekalibrasi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) gagal mencapai matlamatnya.

Malah, Hamzah menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerima 212,926 permohonan daripada 11,751 majikan di bawah Program Rekalibrasi PATI.

Hamzah berkata terdapat beberapa sektor khusus bagi PATI yang mendaftarkan diri untuk bekerja semula dan KDN sudah pun membuat verifikasi mengenai permohonan itu.

“Bagi sektor perkilangan saja, jumlah yang mendaftar untuk bekerja semula adalah seramai 65,484 permohonan; pembinaan (122,075 permohonan); perladangan (7,176 permohonan) dan pertanian (12,003 permohonan).

HAMZAH

“Ini adalah mereka yang sudah mendaftar dan berminat untuk mana-mana majikan mengambil mereka dan bekerja semula,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bebas-Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon yang bertanya mengenai program pemutihan yang dilaksanakan KDN, selain usaha untuk memastikan sektor penting dalam negara tidak terjejas akibat kekurangan pekerja.

Terdahulu, Hamzah mengesahkan Kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan kemasukan seramai 32,000 pekerja asing secara pengecualian khas bagi memenuhi keperluan tenaga kerja untuk sektor perladangan khususnya kelapa sawit.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) yang sama akan dikuatkuasakan kepada semua sektor yang ditetapkan dan diluluskan secara kes mengikut kes oleh Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Pekerja Asing.

“Kerajaan juga masih lagi meneliti jumlah pekerja asing yang akan diluluskan bagi setiap sektor yang dibenarkan.

“KDN dan agensi kerajaan lain yang berkaitan sedang melaksanakan analisis terperinci mengenai perkara berkenaan bagi memastikan kerajaan mempunyai hala tuju strategik dalam mencapai keseimbangan antara ekonomi dan kesihatan ketika negara masih berusaha memerangi COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan asal Steven yang meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan sektor mana yang dibenar menerima kemasukan pekerja asing baharu, berapa pekerja asing yang akan diluluskan bagi setiap sektor dan berapa lama kelonggaran ini akan berlangsung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.