5 NOV: Lima negeri iaitu Perlis, Perak, Pulau Pinang, Sabah dan Kedah beralih ke di Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 8 November ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata keputusan peralihan fasa itu dipersetujui Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19, hari ini selepas mengambil kira penilaian risiko semasa.
“Prosedur operasi standard (SOP) bagi negeri yang memasuki Fasa 4 adalah sama dengan sebelum ini.
“Keterangan SOP terkini akan dikemas kini oleh MKN di laman web rasmi www.mkn.gov.my,” katanya dalam kenyataan, hari ini.