5 NOV: Pihak Berkuasa Terusan Suez Mesir akan menaikkan kadar tol transit di laluan air utama sebanyak enam peratus mulai Februari tahun depan.
Bagaimanapun, kadar baharu itu akan dikecualikan kapal pelancong dan kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), kata Ketua Pihak Berkuasa Terusan Suez, Osama Rabie dalam satu kenyataan.
Pada Julai, pihak berkuasa berkata walaupun di tengah pandemik COVID-19 dan sekatan enam hari oleh kapal kargo, terusan itu mencatatkan rekod pendapatan sebanyak AS$5.4 bilion (RM22.43 bilion) pada tahun.
Merentasi Laut Merah dan Mediterranean, Terusan Suez menyumbang kira-kira 10 peratus daripada perdagangan maritim global, dan merupakan sumber mata wang asing yang sangat diperlukan untuk Mesir.
Hampir 17,000 bot menyeberangi Terusan Suez setakat tahun ini, menurut pihak berkuasa.