6 NOV: Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan 86 peratus muka baharu dan kekal dengan keputusan untuk bergerak sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengarah Pilihan Raya Melaka, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu merupakan pendekatan baharu bagi PN bagi memastikan mengembalikan kepercayaan rakyat.
“BN berharap agar pengundi berfikirlah untuk mengundi parti yang boleh bawa kestabilan kepada negeri Melaka.
“86 peratus daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah muka baharu dengan pengekalan empat orang sahaja,” jelasnya ketika sidang media pengumuman nama calon BN di Melaka hari ini.
BN akan menurunkan 28 calon di 28 DUN dengan pembahagian 20 calon UMNO, tujuh calon MCA dan 1 calon MIC dengan masing-masing empat calon di kalangan Wanita dan Pemuda.
Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calon di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 November ini.
Sebelum itu, dalam sidang media di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pagi tadi, Mohamad, berkata proses pemilihan calon BN bagi PRN Melaka dibuat secara teliti dan cermat bagi memasti kemenangan.
“Daripada 28 kerusi itu 24 calon baharu dan empat muka lama. Keputusan dibuat hasil perbincangan semua parti komponen dalam BN.
“Semua calon BN berkenaan juga diwajibkan menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi memastikan mereka tidak melompat parti selepas meraih kemenangan pada PRN Melak nanti.
“Kalau nak lompat parti selepas tandatangan SD kena fikir banyak kali kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.
Yang turut hadir ialah bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata kebanyakan calon BN adalah terdiri daripada mereka berwibawa dan berusia bawah 50 tahun.
“Justeru kita berharap rakyat Melaka akan memilih BN pada PRN Melaka bagi membolehkan kita mengemudi negeri ini dengan lebih baik,” katanya.
Berikut senarai calon BN.
Senarai Adun BN PRN Melaka
N1 Kuala Linggi
Rosli Nordin
N2 Tanjung Bidara
Abd Rauf Yusoh
N3 Ayer Limau
Hameed Basheer
N4 Lendu
Sulaiman Md Ali
N5 Taboh Naning
Zulkifli Md Zin
N6 Rembia
Muhammad Jailani Khamis
N7 Gadek
Panichelvam A/L Pichamutu
N8 Machap Jaya
Koh Nai Kwong
N9 Durian Tunggal
Zahari Kalil
N10 Asahan
Fairul Nizam Roslan
N11 Sungai Udang
Fasarul Md Isa
N12 Pantai Kundor
Mohamad Ali Mohamad
N13 Paya Rumput
Rais Yasin
N14 Kelebang
Lim Ban Hong
N15 Pengkalan Batu
Kalsom Nordin
N16 Ayer Keroh
Yong Fun Jual
N17 Bukit Katil
Hasnoor Sdg Husin
N18 Ayer Molek
Rahmad Mariman
N19 Kesidang
Ng Choon Koon
N20 Kota Laksamana
Melvin Chua Kew Wei
N21 Duyong
Mohd Noor Helmy Abd Halen
N22 Bandar Hilir
Lee Chong Leng
N23 Telok Mas
Abd Razak Rahman
N24 Bemban
Koh Chin Han
N25 Rim
Khaidhirah Abu Zahar
N26 Serkam
Mohd Zaidi Atan
N27 Merlimau
Muhammad Akmal Saleh
N28 Sungai Rambai
Hasan Abd Rahman