6 NOV: PAS hari ini membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa mereka sedia menentang UMNO sekiranya berlaku pertembungan antara calon Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di mana-mana kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Presiden Datuk Seri Abdul Hadi, Abdul Hadi Awang berkata PAS juga bersedia mengarahkan penyokongnya menyokong calon diwakili PN memandangkan parti Islam itu bertanding menggunakan logo PN.
Bagaimanapun Abdul Hadi berkata, PAS masih lagi terbuka untuk berunding dengan semua parti bagi mengelak berlaku pertembungan sesama sendiri antara parti yang memerintah di Putrajaya menjelang hari penamaan calon.
“Kita sokong calon PN (di Melaka) ,” kata Abdul Hadi semasa sidang media selepas ucapan dasar Muktamar Tahunan PAS ke-67 di Kuala Terengganu hari ini.
Ketika diminta mengulas keputusan UMNO dan BN bertanding kesemua 28 kerusi DUN di Melaka, Hadi berkata ia terpulang kepada parti tersebut jika mahu bertanding secara bersendirian.
“Pendirian kita tanding melalui PN, terpulang kepada UMNO dia nak ikut bekerjasama dengan PN atau tanding sendiri, kita tengok senarai penamaan calon lusa nanti macam mana,” katanya.
“Kita pegang kepada asas kita sama tiga parti, bila ada parti tak mahu kerjasama terpulang kepada dialah, bila sebut kerjasama maka mestilah berlaku pemberian kerusi antara parti-parti bukan MN sahaja termasuk PN, bahkah di Melaka melibatkan bukan sahaja PAS, tapi BERSARU termasuk termasuk rakan-rakan lain,” katanya.
Hadi turut memaklumkan calon PAS yang akan mewakili PN akan diumumkan jam 3 petang ini di Kuala Lumpur.
“Sekurang kurangnya kita tanding 1/3 kerusi, kita tak tamak, sebab ada tiga parti,” katanya.