7 NOV: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Idris Ahmad; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berjaya mempertahankan status quo sebagai Naib Presiden PAS.
Mereka menewaskan seorang lagi calon Naib Presiden PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki, dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2021-2023 sempena Muktamar Tahunan ke-67 di Kuala Terengganu, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula menang tanpa bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS.
Sementara itu, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden diumum menang tanpa bertanding.
Wakil Jawatankuasa Pemilihan PAS, Nur Khuzaini Ab Rahman juga mengumumkan Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi pula meraih undian tertinggi dalam kalangan 36 orang calon AJK PAS Pusat.
Muhammad Khalil memperoleh 884 undi diikuti dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor (877 undi); Kamaruzzaman Mohamad (872 undi) dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Khairil Nizam Khirudin (844 undi), sekali gus membolehkan mereka menjadi antara 18 calon menang pertandingan jawatan AJK PAS Pusat pada tahun ini.
Sementara itu, dua bekas AJK PAS Pusat yang tidak dipilih semula dalam pemilihan kali ini ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Khairuddin Aman Razali dan Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh Nik Abdul Aziz (anak Allahyarham mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul Aziz Nik Mat.
Berikut adalah keputusan pemilihan AJK PAS Pusat bagi sesi 2021-2023:
Pengerusi Tetap – Hussin Ismail (Menang tanpa bertanding)
Timbalan Pengerusi Tetap – Kamal Shaari (Menang tanpa bertanding)
Presiden – Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Menang tanpa bertanding)
Timbalan Presiden – Tuan Ibrahim Tuan Man (Menang tanpa bertanding)
Naib Presiden
Senator Idris Ahmad dengan 1,164 undi (kekal jawatan)
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dengan 778 undi (kekal jawatan)
Datuk Mohd Amar Bin Abdullah dengan 956 undi (kekal jawatan)
AJK PAS Pusat 2021-2023
Muhammad Khalil Abdul Hadi (884 undi)
Datuk Seri Muhamad Sanusi Md Nor (877 undi)
Kamaruzzaman Mohamad (872 undi)
Khairil Nizam Khirudin (844 undi)
Riduan Mohd Noor (841 undi)
Datuk Iskandar Abdul Samad (822 undi)
Dr Halimah Ali (774 undi)
Dr Mohd Fadzli Hassan (736 undi)
Datuk Ahmad Marzuk Shaari (707 undi)
Datuk Mohd Nassuruddin Daud (706 undi)
Najihatussolehah Ahmad (695 undi)
Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (688 undi)
Azman Ibrahim (679 undi)
Nasrudin Hassan (645 undi)
Datuk Ahmad Amzad Mohamed (615 undi)
Aliakbar Gulasan (613 undi)
Mahfodz Mohamed (609 undi)
Dr Rosni Adam (609) undi