7 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 54 kes kematian COVID-19 setakat tengah malam tadi dengan 12 kematian di luar hospital (BID).
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 29,256.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 18 kes, diikuti Sabah dan Selangor masing-masing tujuh, Pahang (5), Terengganu (4), Johor, Kedah dan Kelantan masing-masing tiga, Perak (2) serta Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing satu kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,505 kes aktif dilaporkan, termasuk 544 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 280 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,382 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,501,966.