nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Berarak iringi calon, berkumpul dilarang esok

7 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) pada Hari Penamaan Calon sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, esok termasuklah larangan aktiviti berkumpul dan perarakan oleh penyokong calon bertanding di mana-mana tempat.

Berikutan itu, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata hanya calon, pencadang calon dan penyokongnya dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon.

Malah, Ikmalrudin berkata semua penyokong parti politik yang diwakili oleh bakal calon tidak dibenarkan hadir ke pusat penamaan calon.

IKMALRUDIN

“Pada Hari Penamaan Calon, kertas penamaan calon boleh dikemukakan bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 pagi kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di 28 Pusat Penamaan Calon yang berkenaan oleh pihak seperti calon, pencadang dan penyokong atau mana-mana dua orang daripada mereka atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Untuk memudahkan proses penamaan calon, SPR menyeru kepada bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam PRU DUN Melaka ke-15, agar mengisi dan membuat semakan awal pengisian borang tersebut dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka sebelum Hari Penamaan Calon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ikmalrudin juga menasihatkan bakal calon untuk membuat pembayaran deposit lebih awal.

“Perlu diingatkan bahawa resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti bayaran. Ini adalah bertujuan untuk memastikan semua proses penamaan calon dapat diselesaikan lebih awal dan berjalan lancar.

“Bagi calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan bahawa surat kebenaran untuk menggunakan simbol parti yang diwakili hendaklah dikemukakan semasa menyerahkan Kertas Penamaan Calon,” katanya.

Ikmalrudin berkata SPR berharap agar proses penamaan calon berjalan lancar tanpa apa-apa insiden tidak baik, khususnya yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“SPR menyeru kepada semua calon dan parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang,
peraturan, tata etika dan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Hari Penamaan Calon,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.