9 NOV: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) bagi memudahkan pengamal media menjalankan tugas sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.
Antara SOP ditetapkan kepada wakil media dan pengamal media adalah tidak dibenarkan melakukan temu bual secara spontan (terjah) atau di luar masa ditetapkan.
Selain itu, petugas media juga tidak dibenarkan hadir semasa Hari Semakan Isi Peti Undi (penjumlahan undi).
Bagaimanapun, wakil media dibenarkan menghadiri sidang media selepas mesyuarat parti dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka.