41 kematian baharu akibat COVID-19
13 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 41 kematian baharu COVID-19 dengan lapan daripadanya kematian di luar hospital (BID) setakat tengah malam tadi.
Menurut data di portal COVIDNOW, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 29,576, daripada 2,529,791 kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data itu lagi, terdapat 64,277 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah berkenaan, seramai 50,063 individu atau 77.9 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Sementara itu, seramai 7,966 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,705 kes dirawat di hospital dan 543 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 275 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 268 lagi memerlukan mesin ventilator.