15 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sebanyak 45 kematian berkaitan COVID-19 dengan 12 kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) semalam.
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh GitHub, Kedah merekodkan angka kematian tertinggi iaitu lapan kes, diikuti masing-masing tujuh kes di Pulau Pinang dan Selangor; masing-masing empat kes di Perak dan Sarawak; masing-masing tiga kes di Kelantan, Sabah, Terengganu; masing-masing dua kes di Melaka, Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Johor serta Negeri Sembilan.
Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 29,676 kes.
Dalam pada itu Selangor merekodkan penularan baharu COVID-19 tertinggi semalam dengan 1,266 kes.
Ia disusuli Kelantan (499), Sabah (442), Johor (432), Kedah (366) dan Pahang (313) manakala Sarawak (299), Kuala Lumpur (278), Perak (258), Melaka (216), Terengganu (200), Negeri Sembilan (174), Putrajaya (66), Labuan (17) serta Perlis (11).
Sebanyak 65,417 kes aktif dilaporkan di seluruh negara dengan 51,030 orang atau 78.0 peratus menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 8,067 pesakit atau 12.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) dan 5,796 kes atau 8.9 peratus di hospital.
Seramai 259 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 265 kes lagi memerlukan bantuan pernafasan.