16 NOV: Sebanyak 11 peratus petugas barisan hadapan terdiri daripada polis dan tentera yang mengundi awal hari ini, sudah keluar menjalankan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, setakat ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, jumlah itu direkodkan setakat jam 9 pagi tadi, iaitu sejam selepas proses mengundi awal dibuka di seluruh negeri ini pada jam 8 pagi.
“Statistik keluar mengundi awal bagi PRN Melaka pada jam 9 pagi mencatatkan 11 peratus,” katanya dalam pemakluman ringkas.