16 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 53 lagi kematian akibat COVID-19 dengan 11 daripadanya kematikan di luar fasiliti kesihatan (BID), semalam.
Data di laman web COVIDNOW menunjukkan, ia menyumbang kepada sejumlah 29,729 kematian setakat ini.
Sebanyak 65,956 kes aktif turut dilaporkan dengan 51,619 kes atau 78.3 peratus menjalani kuarantin di rumah.
Sebanyak 8,035 pesakit atau 12.2 peratus kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) manakala 5,776 pesakit atau 8.8 peratus kes dirawat di hospital.
Sementara itu, sebanyak 76.1 peratus daripada populasi negara atau seramai 24,849,925 sudah menerima vaksinasi setakat tengah malam tadi, 765,702 2.3 peratus daripada populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin manakala seramai 7,317,045 atau 22.4 peratus belum divaksinasi.
Sebanyak 95.3 peratus populasi dewasa negara dan 80.4 peratus populasi remaja sudah divaksinasi sepenuhnya.
Sebanyak 102,057 dos vaksin diberikan semalam, iaitu 70,274 dos penggalak; 5,488 dos pertama dan 26,295 dos lengkap termasuk bagi vaksin jenis satu dos Cansino.
Sehingga kini, sebanyak 51,322,636 dos vaksin sudah diberikan kepada populasi negara, dengan 1,042,234 adalah dos penggalak.