nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Malaysia perluas Laluan Perjalanan Vaksinasi

16 NOV: Malaysia memperluaskan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) bersama beberapa negara lain agar pembukaan sempadan secara lebih selamat dapat dibuka segera bagi merancakkan ekonomi.

Kemudahan VTL pertama dilaksanakan Malaysia bersama Singapura pada 29 November ini menerusi pengangkutan udara, sebelum disusuli secepat mungkin bagi laluan darat.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata usaha berkenaan giat dilakukan bersama rakan sejawatan beberapa negara seperti Brunei dan Thailand.

KHAIRY

“VTL di antara Kuala Lumpur-Jakarta sudah memasuki fasa rundingan asas, dengan kedua-dua negara sedang meneliti perincian lanjut.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan Presiden Jokowi (Presiden Indonesia, Joko Widodo) juga secara prinsipnya mengumumkan VTL di antara Kuala Lumpur dan Jakarta serta Kuala Lumpur dan Bali pada pertemuan mereka baru-baru ini.

“Saya juga sudah berbincang dengan rakan sejawat (Menteri Kesihatan Indonesia) untuk memastikan kita boleh bersetuju dalam beberapa hal teknikal mengenainya.

“Saya turut berhubung dengan rakan sejawat di Thailand dan harap dapat laksanakan VTL serupa tidak lama lagi antara Kuala Lumpur dan Bangkok dan lain-lain destinasi di Malaysia dan Thailand,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pelancaran Destinasi Rawatan untuk Hepatitis C, sempena InsigHT2021, di sini.

Yang turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pelancongan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (MHTC) Mohd Daud Mohd Arif dan Pengarah Urusan Berhad (Pharmaniaga), Datuk Zulkarnain Md Eusope.

Mengorak langkah seterusnya, Khairy berkata, kerajaan berhasrat membuka sempadan negara, menerusi pendekatan VTL membabitkan beberapa rakan niaga utama dan negara sasaran bagi sektor pelancongan kesihatan.

“Ia antara lain merangkumi Jepun, Korea Selatan, China, Australia, New Zealand dan United Kingdom serta negara Eropah lain,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.