18 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 68 kes kematian COVID-19 dengan 12 daripadanya kematian di luar hospital (BID) semalam.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 29,837.
Perak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 13 kes, diikuti Selangor (10), Terengganu (9), Sarawak (8), Johor (4), Kedah (4) dan Kuala Lumpur (4), Sabah (3), Kelantan (3) , Pahang (3) , Melaka (3) dan Negeri Sembilan (3) serta Pulau Pinang (1).
Tiada kes kematian dilaporkan di Perlis, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 66,793 kes aktif dilaporkan, termasuk 536 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 251 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,743 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,563,153.