nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Mas Ermieyati calon KM Melaka PN

18 NOV: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka hari ini.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemilihan Ahli Parlimen Masjid Tanah yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu diputuskan sebulat suara pada mesyuarat Pimpinan Tertinggi PN.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara, seorang wanita yang berkelayakan tinggi dalam kalangan profesional muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan sebagai calon Ketua Menteri.

“Saya rasa belum pernah ada di negara kita (pencalonan wanita sebagai Ketua Menteri) tapi terbukti bahawa PN sentiasa memberikan peluang kepada sesiapa saja, tidak kira jantina untuk memegang jawatan penting seperti ini,” katanya dalam sidang media di pejabat PN di Kuala Lumpur hari ini.

Mas Ermieyati mencatat sejarah apabila PN mencalonkannya sebagai Ketua Menteri Wanita pertama di negara ini.

Turut hadir, Mas Ermieyati, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden GERAKAN, Datuk Dominic Lau Hoe Chai.

Mas Ermieyati, 45, Ketua Bahagian BERSATU Masjid Tanah itu adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Beliau juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU dan Naib Ketua Srikandi BERSATU.

Muhyiddin berkata, pencalonan Mas Ermieyati itu melakar sejarah baharu menjadikan Melaka negeri pertama yang akan nanti mempunyai satu-satunya Ketua Menteri wanita.

“Orang kata, di Melaka ini segala-galanya bermula. Ini adalah terbukti Melaka melakar sejarah negeri pertama yang wanita terpilih menjadi Ketua Menteri dengan harapan PN yang mempertaruhkan 28 calon mencapai kemenangan yang besar.

“Saya fikir apa yang telah kita anjurkan, satu yang nak ingatkan balik mengenai aku janji menentang rasuah, menjadikan PN satu-satu parti yang berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Mas Ermieyati ketika ditemui selepas sidang media mengucapkan terima kasih dan penghargaann kepada kepimpinan PN atas pencalonnya sebagai Ketua Menteri.

“Saya tahu walaupun hanya calon tetapi saya membawa satu tanggungjawab dan amanah besar untuk PRN kali ini.

“Saya juga nak ucap terima kasih dan penghargaan kepada Datuk Rafiq selaku Pengerusi Badan Perhubungan Melaka yang telah meletakkan asas PN yang kukuh di Melaka begitu juga dengan sokongan daripada kawan-kawan lain.

“Kita akan buat yang terbaik untuk PRN kali ini dan ini satu penghargaan sangat besar bukan untuk saya tapi untuk wanita seluruh negara. Jadi, ini masa kita berganding bahu untuk sama buktikan wanita juga tak mustahil dalam apa juga perkara,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.