19 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 55 kes kematian COVID-19 dengan sembilan daripadanya di luar hospital (BID) semalam,.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 29,892.
Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 10 kes, diikuti Terengganu (8), Kedah (7), Kelantan (6) dan Selangor (6), Johor (5), Perak (4); Melaka (2), Negeri Sembilan (2) dan Kuala Lumpur (2), serta Pahang (1), Perlis (1) dan Sabah (1).
Tiada kes kematian dilaporkan di Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 67,358 kes aktif dilaporkan, termasuk 541 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 263 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,760 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,563,868.