19 NOV: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 6,355 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini.
Berita Yang Berkaitan
Ini menunjukkan sedikit penurunan berbanding kes harian yang dilaporkan semalam, iaitu sebanyak 6,380.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di negara ini kini mencecah angka 2,575,888.