19 NOV: Gerhana bulan separa yang berlaku hari ini merupakan tempoh masa paling panjang sejak 580 tahun lalu.
Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) meramalkan ia dijangka berlaku selama tiga hingga lima jam.
Gerhana terakhir tahun ini itu akan dapat dilihat di Amerika Utara dan Lautan Pasifik, Alaska, Eropah Barat, timur Australia, New Zealand serta Jepun.
Gerhana itu dijangka bermula kira-kira pukul 3.19 petang (waktu tempatan) dengan kemuncaknya sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) dan berakhir pukul 6.47 petang (waktu tempatan).
Kali terakhir gerhana bulan separa berlaku dalam tempoh yang panjang adalah pada 18 Februari 1440.
Gerhana bulan separa berlaku apabila bayang-bayang bumi meliputi 97 peratus bulan mengambang.