20 NOV: Peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya negeri (PRN) Melaka sehingga pukul 1 tengah hari adalah sebanyak 43 peratus, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengundian bermula hari ini dengan semua 217 pusat pengundian dibuka sejak 8 pagi tadi.
Ia membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.