22 NOV: Sebanyak 24 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan semalam dengan enam daripadanya kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Menerusi data yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, kes kematian itu dilaporkan berlaku dengan lima daripadanya di Kelantan, Johor (4), Perak dan Kedah (3) dan masing-masing dua kes di Sarawak, Sabah serta Terengganu.
Selain itu, satu kes kematian masing-masing di Pulau Pinang, Pahang dan Negeri Sembilan.
Tiada kes kematian dilaporkan di negeri-negeri lain.
Jumlah keseluruhan kes kematian adalah 30,002.
Sementara itu, kes aktif COVID-19 ialah sebanyak 68,790 kes.
Seramai 55,026 pesakit atau 80 peratus sedang menjalani kuarantin di rumah dan 7,792 orang atau 11.3 peratus ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).