22 NOV: Seramai 2,589,925 individu atau 82.3 peratus daripada populasi remaja di negara ini lengkap divaksinasi vaksin COVID-19 semalam.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2,755,745 individu atau 87.6 peratus daripada populasi remaja pula menerima satu dos vaksin.
Sementara itu, 95.6 peratus atau 22,390,580 individu dewasa telah lengkap vaksinasi, manakala 97.8 peratus atau 22,914,289 lagi menerima satu dos vaksin.
Sebanyak 36,028 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 2,244 dos pertama, 4,325 dos kedua, dan 29,459 dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51,938,646.