23 NOV: Sebanyak 63 kes kematian akibat COVID19 dilaporkan semalam sekali gus melepasi angka 30,000 bagi keseluruhan kes di negara ini.
Kementerian Kesihatan menerusi data di portaL COVIDNOW turut melaporkan daripada jumlah itu, 13 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).
Jumlah kes keseluruhan kini ialah 30,063 orang daripada 2.585 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, KKes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Sementara itu, terdapat 67,986 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 54,359 individu atau 80 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 7,488 orang pula ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan COVID-19 (PKRC).