26 NOV: Sebanyak 95.9 peratus atau 22,442,346 individu bagi populasi dewasa di negara ini lengkap vaksinasi COVID-19 semalam.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 98 peratus atau 22,944,240 individu bagi populasi dewasa menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.
Sementara itu, sebanyak 87.7 peratus atau 2,762,739 individu bagi kadar populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos, manakala 82.8 peratus atau 2,607,392 individu remaja lengkap divaksinasi.
Dalam pada itu, 138,752 dos suntikan vaksin diberikan semalam membabitkan 8,428 suntikan dos lengkap, 5,067 menerima dos pertama dan 125,257 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52,391,444.
Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,823,474.