28 NOV: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 40 kes kematian COVID-19 dengan lapan daripadanya adalah kematian di luar fisiliti kesihatan (BID) semalam.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 30,280.
Angka tertinggi kematian dicatatkan di Perak iaitu enam kes, diikuti Kelantan, Selangor dan Terengganu masing-masing lima kes; Johor, Pahang dan Pulau Pinang masing-masing tiga kes; Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing dua kes serta Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis masing-masing satu kes.
Dalam pada itu, tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 67,252 kes aktif dilaporkan, termasuk 510 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 258 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 5,352 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,619,577.