nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Sabah cadang had tempoh jawatan Ketua Menteri

28 NOV: Sabah bercadang mengemukakan usul mengehadkan tempoh memegang jawatan Ketua Menteri kepada hanya dua penggal.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, cadangan untuk mengehadkan jawatan Ketua Menteri yang diusulkan pada persidangan bahagian BERSATU negeri akan dibawa ke mesyuarat Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk diteliti secara terperinci.

Katanya, usul itu yang mencadangkan supaya jawatan berkenaan dihadkan kepada dua penggal boleh dilaksanakan jika semua pihak, khususnya rakan parti dalam GRS bersetuju.

“Usul ini kita akan bawa dalam mesyuarat GRS dan jika dipersetujui, kita akan bawa kepada kerajaan untuk ditimbangkankan.

“Perkara ini membabitkan pindaan perlembagaan negeri, jadi ia perlu diteliti secara terperinci oleh semua pihak termasuk rakan parti dalam GRS. 

“Selepas itu barulah kita boleh meneruskan proses yang sewajarnya berhubung dengan cadangan ini,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan persidangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)  Tuaran, Sabah, hari ini.

Usul berkenaan dibentang dan diluluskan BERSATU Tuaran, manakala semalam usul yang sama turut diluluskan pada persidangan parti itu di Kudat, Penampang, Papar, Kimanis, Tenom, Pensiangan, Ranau, Sandakan, Libaran, Batu Sapi dan Tawau, semalam.

Sementara itu, bagi cadangan mendaftarkan GRS menjadi gabungan politik rasmi, Hajiji yang juga ketua badan pimpinan BERSATU Sabah dan pengerusi GRS berkata, cadangan itu juga perlu dibincangkan bersama pimpinan GRS.

Katanya, cadangan itu adalah sesuatu yang baik dan boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan namun perlu dibincangkan bersama rakan pemimpin parti dalam GRS.

“Ia adalah satu cadangan yang perlu diteliti dengan baik kerana kerajaan negeri didokong oleh kerajaan GRS. 

“Apa saja yang baik untuk politik Sabah dan GRS kita akan teliti dengan sebaiknya,” katanya.

Hajiji turut menyambut baik maklum balas Ketua UMNO Sabah, Bung Moktar Radin, semalam, yang menyatakan kesediaan untuk membincangkan cadangan mendaftarkan GRS.

“Ini satu perkembangan yang baik kerana UMNO telah beri komen perkara ini, sebab itu saya sebut cadangan ini perlu dibawa dalam mesyuarat GRS, kalau ia baik untuk GRS kenapa tidak kita lakukan,” katanya.

Cadangan mendaftarkan GRS sebagai gabungan politik rasmi di Sabah disuarakan ADUN Usukan yang juga Pengerusi Kelab Backbencher GRS, Salleh Said Keruak, baru-baru ini.

Katanya, ia sebagai langkah untuk mengukuhkan GRS selain mengelak perpecahan berikutan pertembungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) di Semenanjung yang dibimbangi memberi kesan kepada kestabilan politik negeri ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.