nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

VTL: 1,300 pengembara Singapura masuki Malaysia

29 NOV: Seramai 1,300 pengembara dari Singapura akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 pada hari pertama pelaksanaan Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara Malaysia-Singapura hari ini.

Pengerusi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, berkata enam penerbangan akan tiba di negara ini hari pertama pelaksanaan VTL, yang dikendalikan syarikat Singapore Airlines, Malaysia Airlines, AirAsia, Malindo Air, Jetstar Asia dan Scoot.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana dengan adanya pelaksanaan VTL ia mampu membantu industri penerbangan kembali pulih akibat pandemik COVID-19.

ZAMBRY

“Semua pihak berkepentingan lapangan terbang akan bekerjasama erat bagi meningkatkan kesediaan kami dalam memastikan kualiti perkhidmatan kekal pada tahap tertinggi apabila menerima lebih ramai penumpang antarabangsa.

“Untuk hari ini, daripada segi proses saya lihat ia dilaksanakan dengan begitu baik seperti dirancang dan jumlah penumpang yang tiba ini juga dalam jumlah yang besar.

“Diharapkan penumpang berpuas hati dengan layanan atau proses yang mereka perlu lalui. Bagaimanapun, kita tetap memberikan ruang untuk memperbaiki proses ini dari semasa ke semasa. Jika ada bahagian yang melambatkan proses yang perlu dilalui oleh penumpang kita akan perbaiki serta kemukakan kepada pihak berwajib,” katanya pada majlis sambutan hari pertama pelaksanaan VTL, di KLIA, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Pelancongan, Datuk Zainuddin Abdul Wahab dan Pengarah Urusan MAHB, Datuk Iskandar Mizal Mahmood.

Pada 8 November lalu, dalam kenyataan bersama oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatnya Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, memaklumkan VTL bagi pengangkutan udara itu tertakluk kepada pengembara yang sudah lengkap divaksinasi dan tidak perlu menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, Iskandar Mizal berkata, pihaknya berharap kekerapan penerbangan VTL udara itu akan terus bertambah dari semasa ke semasa.

“Bagi pihak MAHB, kita akan pastikan setiap penumpang yang tiba di lapangan terbang ini akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta menjalani ujian saringan COVID-19 di kaunter yang disediakan.

“Proses untuk ujian calitan sangat singkat iaitu antara satu ke dua minit, jika mereka memilih untuk mendapatkan keputusan dalam tempoh satu jam, mereka akan peroleh keputusan dalam tempoh itu.

“Untuk ujian calitan, dalam tempoh satu jam kita boleh lakukan terhadap 300 penumpang masing-masing di KLIA dan klia2,” katanya.

Sementara itu, kenyataan memaklumkan kesemua penumpang VTL udara akan melalui 11 lorong khas yang disediakan oleh Jabatan Imigresen KLIA, manakala empat lagi ditempatkan di klia2.

Sejurus ketibaan, penumpang akan dipakaikan gelang biru bagi proses pengecaman oleh pihak lapangan terbang mengenai status bebas kuarantin. Gelang berkenaan akan ditanggalkan sebelum penumpang dibenarkan keluar dari lapangan terbang.

Mengenai majlis berkenaan, penerbangan pertama Singapore Airlines yang membawa 240 pengembara VTL udara Malaysia-Singapura itu tiba di KLIA pada jam 9.20 pagi tadi.

Ketibaan pesawat SQ108 itu disambut dengan semburan air sebagai gimik selamat datang dan pelaksanaan hari pertama VTL udara antara KLIA dengan Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.