30 NOV: Sebanyak 61 kes kematian COVID-19 dengan 15 daripadanya kematian di luar fasiliti kesihatan (BID) dilaporkan semalam, menurut perincian dikeluarkan GitHub.
Kementerian Kesihatan (KKM) menyatakan jumlah kumulatif kematian kini ialah 30,370.
Angka kematian tertinggi dicatakan Selangor iaitu 14 kes, diikuti Terengganu (11), Johor dan Perak masing-masing enam kes, Kelantan dan Kuala Lumpur masing-masing lima kes, Negeri Sembilan (4), Kedah dan Pahang masing-masing tiga kes serta Sabah dan Sarawak masing-masing dua kes.
Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 65,497 kes aktif COVID-19 dilaporkan, termasuk 507 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 272 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sebanyak 4,984 kes sembuh turut dilaporkan.
Jumlah kumulatif kes COVID-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,627,903.