1 DIS : Kajian penjujukan genom setakat ini mengesahkan tiada varian Omicron COVID-19 dikesan di Malaysia setakat ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) , Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, bagaimanapun sebanyak 3,885 sampel dikenal pasti sebagai varian jenis Delta, sehingga semalam.
Varian baharu, Omicron kini merebak beberapa negara Eropah dan Australia sehingga mendorong banyak negara mengenakan sekatan perjalanan.
Kementerian Kesihatan hari ini menasihatkan warga emas dan individu dengan komorbiditi supaya tidak membuat perjalanan ke luar negara dan mengelakkan dari menghadiri tempat sesak, bagi melindungi golongan berkenaan yang mudah dijangkiti virus COVID-19 varian Omicron yang asaslnya dikesan di Afrika Selatan.