2 DIS : Penangguhan keputusan siapa yang akan mewakli Afghanistan dan Myanmar ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bermakna wakil Taliban Afghanistan dan junta tentera Myanmar tidak akan dibenarkan menyertai badan dunia itu buat masa ini.
Jawatankuasa PBB hari ini menangguhkan keputusan mengenai siapa yang akan mewakili Afghanistan dan Myanmar ke badan dunia yang dianggotai 193 negara itu.
Duta Besar Sweden ke PBB Anna Enestrom seperti yang dilaporkan agensi Anadolu, memberitahu pemberita selepas mesyuarat tertutup Jawatankuasa Kelayakan Perhimpunan Agung yang dipengerusikannya bahawa jawatankuasa itu memutuskan untuk menangguhkan keputusannya dalam itu.
Jawatankuasa Tauliah, yang terdiri daripada sembilan ahli, diberi mandat untuk meneliti kelayakan wakil negara anggota dan melaporkan kepada Perhimpunan Agung mengenainya, kata kenyataan itu.
Taliban, yang merampas kuasa pada pertengahan Ogos daripada kerajaan yang diiktiraf antarabangsa, mencalonkan jurucakapnya yang berpangkalan di Doha Suhail Shaheen sebagai duta Afghanistan ke PBB