nia nicci is having chloe cherry on her top.sex slide your hard cock between my tiny little feet.
mature housewife in stockings gets her. xxvideos.one
https://smellslikeafish.com

Pertanian organik atasi isu kenaikan harga racun,baja kimia

2 DIS : Kerajaan akan terus mengambil pelbagai langkah dalam usaha menangani kenaikan harga baja dan racun bagi memastikan produktiviti pengeluaran pertanian tidak akan terjejas dan bekalan sentiasa mencukupi dengan harga yang stabil dan berpatutan.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, kementeriannya amat prihatin terhadap isu kos kenaikan harga impot racun dan baja yang berlaku sejak pandemik COVID-19 melanda di negara ini.

Katanya, harga baja didapati telah meningkat lebih 30 peratus manakala harga racun pula telah meningkat hampir 100 peratus. Kenaikan harga ini ditentukan oleh pasaran.

“Antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan kenaikan harga ini adalah disebabkan perubahan polisi pengeksport yang mengurangkan bekalan, kenaikan kos bahan mentah yang melibatkan petroleum dan bahan asli. Ini termasuk peningkatan kos logistik serta kadar tukaran wang asing.

“Kenaikan harga ini sememangnya membebankan petani sehingga mengakibatkan peningkatan kos pengeluaran sekaligus mengurangkan pendapatan petani. Ini adalah kenaikan yang ketara disebabkan oleh harga pasaran dunia yang diluar kawalan MAFI.

“Kumpulan petani yang terkesan dengan kenaikan harga racun adalah seramai 276,621 merangkumi tanaman buah sayur, kontan,herba dan rempah ratus. Selain itu, 356,000 orang pesawah padi turut terkesan dengan kenaikan harga tersebut,” ujarnya.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Rahim berhubung isu kenaikan harga baja kimia yang telah memberikan kesan kepada petani di negara ini.

Justeru itu menurutnya lagi, kerajaan telah mengumumkan langkah-langkah intervensi bagi membantu petani dan pesawah yang terkesan dengan kenaikan harga.

“Antaranya dana sebanyak RM200 juta sebagai pinjaman agro makanan pada kadar faedah sifar peratus dan moratorium bayaran balik pinjaman selama enam bulan yang disalurkan melalui TEKUN dan Agrobank.

“Kedua, peruntukan tambahan sebanyak RM62 juta melalui NAFAS di mana bantuan racun makhluk perosak dinaikan daripada RM200 sehektar kepada RM300,” jelasnya. 

Selain itu, beliau berkata MAFI juga telah mengemukakan cadangan kepada kementerian kewangan untuk menawarkan insentif tambahan kepada petani yang terjejas.

“Selaras dengan usaha ini, kerajaan menggalakkan pengurangan kebergantungan kepada baja kimia dan menggalakkan petani untuk beralih kepada baja organik seumpamanya.Pelbagai langkah telah diambil kerajaan untuk mengalihkan kebergantungan petani terhadap baja kimia kepada baja organik.

“Antara langkah dan inisiatif yang dilaksanakan kerajaan adalah mengaplikasikan teknologi efektif mikroorganisma (EEM), memperkenalkan jerami sebagai media tanaman, memperkenalkan penggunaan cacing sebagai agen pengkomposan sisa pertanian dan beberapa langkah lain lagi sebagai langkah masa panjang,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.