2 DIS : Polis Perak mengesahkan seorang pemandu lori terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley hari ini yang dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang merupakan seorang pemandu lori sayur.
Ketua Polis Perak, Datuk Faridalatrash Wahid berkata, maklumat mengenai mangsa diperoleh daripada majikan mangsa. Bagaimanapun keadaan mangsa masih belum diketahui setakat ini.
“Siasatan awal pihak polis mendapati, terdapat lori membawa sayur dari Cameron Highlands yang terperangkap dalam kejadian ini.
“Pemandunya seorang lelaki berusia 31 tahun. Usaha sedang dibuat untuk menyelamatkannya di tempat kejadian. Pasukan penyelamat sedang mengorek tanah menggunakan jengkaut,” katanya kepada pemberita.