3 DIS: Kementerian Kesihatan melaporkan 47 kematian COVID-19 dengan 12 daripadanya di luar fasiliti hospital (BID) semalam, menurut pangkalan data GitHub.
Ia menjadikan angka kematian kini meningkat kepada 30,521 orang.
Angka kematian tertinggi dicatatkan Selangor dengan sembilan kematian, diikuti Kelantan, Perak dan Sabah masing-masing enam kes, Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing lima kes, Kuala Lumpur (3), Johor (2) dan Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sarawak dan Labuan masing-masing satu kes.
Tiada kematian dilaporkan di Pahang dan Putrajaya.
Setakat tengah malam, terdapat 62,253 kes aktif COVID-19, termasuk 511 di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 266 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 7,246 kes pulih dilaporkan.
Angka keseluruhan kes COVID-19 dilaporkan di Malaysia kini ialah 2,644,027.